• Cara upload foto 360 ke Facebook paling senang

    Dah alang² aku kat Penang untuk job shoot, kali ini aku nak share dengan korang cara nak upload foto 360 ke Facebook..

    Aku tak tahulah tahapnya susah ke senang untuk korang, tapi masa mula² aku main kamera 360, pening juga. Macam² cara aku try, ada yang tak kena ada yang jadi.

    Yang aku nak tunjuk cara upload ni salah satu cara la, yang pada aku workable dan aku paling selesa guna. Gambar equirectangular ni bukan saja boleh guna untuk Facebook, tapi platform lain juga. Contohnya, aku guna kat Google Maps (untuk kerja virtual tour)

    Jadi terpulang kat korang lah, kalau ada cara lain guna saja. Asalkan korang happy.

    Kalau rasa nak usha kamera Insta360 one X, boleh tengok kat TS Camera (Lazada Affiliate)

  • Insta360 one X sudah sampai Malaysia!

    Ada satu kamera ajaib yang member² aku panggil kamera bomoh alaf baru sebab bila ambil gambar tak nampak batangnya, jom kita layan kamera Insta360 one X..

    Sebenarnya kamera ini jenis 360°, ada dua lens. Jadi bila satu lens dah cover 180°, kalau kau ada dua dapatlah foto/video 360° atau istilah yang teknikalnya; panosphere.

    Kamera ini jenis shoot dulu, adjust view kemudian (dalam app). Senang. Sebab kamera ini boleh ambil foto/video 360° jadinya korang boleh dapat view unik dan menarik yang mungkin tak boleh dapat kalau pakai kamera biasa.

    Fitur paling aku suka kat kamera ini ialah hyperlapse. Memang Gopro baru pun ada, tapi Insta360 one X punya video terhasil lagi smooth (motion blur) dan cun pada aku.

    Apa pun korang usha la dulu video atas tu, initial thoughts aku syiok sendiri je

    Kalau korang rasa nak beli, boleh check out TS Camera (Lazada Affiliate)

  • Cara nak improve audio Gopro

    Video cun tak guna kalu audio tak best, jadi jom kita tengok macam mana nak improve audio Gopro kita..

    Sebelum ini ada aku share 3 benda untuk hasilkan video yang bagus. Salah satu benda yang kita kena bagi perhatian ialah audio.

    Serious kalau tengok video dah best² sekali sound kau dengar dok kruukk krakkk.. sakit hati geng.

    Jadi untuk tak nak koyak poket, kita tengok pilihan mic comel yang korang boleh beli dan sambung kat Gopro kat vlog tu. Kalau dapat pakai headphone lagi bagus, boleh korang bezakan jenis mic yang aku guna.

    Bawah ni barang yang aku guna

    1. Edutige ETM-008 Directional Mic (Amazon Affiliate)
    2. Edutige ETM-001 Omnidirectional Mic (Lazada Affiliate)
    3. Gopro mic adapter (Lazada Affiliate)
  • Stabilkan Video korang dengan Gimbal untuk Smartphone

    Untuk kaki shoot video dengan Android/Iphone, wajib pakai gimbal untuk smartphone ni..

    Video yang bagus (dari sudut teknikal) perlu ada 3 elemen;

    1. Kualiti video yang baik
    2. Audio yang baik
    3. Video yang stabil (tak gegar)

    Ada hari kita hanya nak buat video simple² mungkin nak terus upload ke media sosial. Biasanya korang akan perasan video kasual upload ke FB atau Insta ini kuat gegar.

    Jadi jalan paling senang nak stabilkan video korang ialah dengan pasangkan smartphone korang ke gimbal bagi membantu stabilkan video korang.

    Boleh usha alat ini; feiyutech vimble 2 (lazada affiliate)

    Phone lama saja aku pakai: Huawei P10

  • Motion Blur? Gunakan ND Filter untuk Gopro

    Kalau korang dah mula shooting exposure manual dengan Gopro, mungkin dah boleh applikasi ND Filter untuk Gopro korang, baru dapat Motion Blur..

    Kebetulan aku ke KK baru ni dengan dak Black atas urusan permit kerja. Sementara kena tunggu 3 hari kat sana, aku bikin vlog ini untuk share dengan korang la macam mana setup kamera vlog Gopro.

    Kalau korang shoot exposure manual, bila FPS 24, Shutter 48, ISO 100 korang akan dapat over-exposure, jadi kita pakaikan sunglass untuk Gopro ni.

    So, bila shutter speed ikut 180 rule baru la boleh dapat Motion Blur.

    Kot korang berminat, list semua barang dalam video ni aku senaraikan kat bawah (Lazada Affiliate):

    1. Gopro Hero 6 black
    2. Madpro Hero 5/6 aluminium housing
    3. JJC variable ND filter 52mm
    4. Gopro Hero 6 mic adapter
    5. Edutige mini mic (omnidirectional)
    6. Manfrotto mini tripod