runcam 5 orange

Test Flight Runcam 5 Orange

Ada satu action cam yang Murah, praktikal dan boleh saing Gopro Hero Session 5 (Discontinued) – Runcam 5 Orange!

Action cam ni dari China, form factor 4 segi ni tak berapa popular di kalangan penggemar aksi sukan lasak. Aku pun tak faham kenapa, sebab masa Hero Session 5 keluar dulu, aku punyalah excited sebab bentuknya senang dibawa.

Keluar 1-shot pulak, langsung tak continue version seterusnya. Sayang..

Maka syarikat pengeluar lain, banyak la adopt design konsep kamera bongkah ni. Antara yang popular dulu, Polaroid Cube. Tapi, sama juga tenggelam dimakan hari.

Bagi penggiat hobi FPV Drone, ultimate-nya kita akan pasangkan kamera setara Gopro untuk tujuan recording. Namun, risikonya kalau drone crash, ada harapan Gopro juga jahanam.

Jadi, kita akan cari alternatif lebih murah. Maka keluarlah kamera bongkah versi bawah RM400 dari China ni. Ada beberapa jenama dan model sekarang ini di pasaran, namun setelah kajian aku dapati Runcam 5 Orange ni lebih sesuai dengan selera aku. Aksesori pun banyak

Kalau nak beli boleh check out sini (Shopee Affiliate): https://bit.ly/2Dge9Xd

0 comments

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *